Segala puji bagi Allah seru sekalian alam. Yang telah memberi kita  
nikmat  Iman dan Islam,Serta nikmat sehat Salawat dan Salam kita  
sampaikan kepada  Nabi Muhammad Saw, kepada Keluarganya serta para  
Sahabat nya.
ISTIMEWANYA WANITA :
Menurut Islam, do'a wanita lebih makbul daripada do'a pria kerana sifat  penyayang seorang wanita yang lebih kuat daripada pria.
Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda:
"Ibu (wanita) lebih penyayang daripada bapak (pria) dan doa orang yang  penyayang tidak akan sia-sia."
Berikut adalah 40 (empatpuluh) keistimewaan Wanita menurut Islam.
1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria  yang  soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya  
seumpama  orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan 
 orang yang  takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas  
tubuhnya.
3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
   lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti  
bersedekah.   Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak pria. 
Maka barang  siapa  yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia 
memerdekakan anak  Nabi
Ismail A.S.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
5. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara  
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia  
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan 
 penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka  baginya adalah syurga.
6. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan se Suatu  
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,  
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
7. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
8. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablahpanggilan ibumu dahulu.
9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
  neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu  
yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
10. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di  
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar  
baginyaselama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta  
menjaga sembahyang dan puasanya).
11. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda, "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap pria?" tanya Aisyah kembali,
Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya."
12. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,  
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari  
pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
13. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
  S.W.T.  memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya 
 (10,000 tahun).
14. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka  
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya 
 setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000  
kejahatan.
15. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah 
 S.W.T.  mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
  S.W.T.
16. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
17. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
18. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang  
sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang
  hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
19. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
20. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
21. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
22. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada
  badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada  
tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
23. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
24. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang  
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh 
 rahmat.
25. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah 
 dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun  
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi  ketua 70,000 malaikat dan  
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu  
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
26. Wanita yang tidak cukup tidur  pada malam hari kerana menjaga anak  
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh  dosanya dan bila dia
  hiburkan hati anaknya  Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
27. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
28. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
29. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
30. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
32. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa  
dan  setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala  
haji.
33. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
34. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
35. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka  
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib  
baginya.
36. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
37. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
  tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat  
pahala 7 tola perak.
38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,  
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya  
yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

 











Info yang mantap gan :D
Kunjung balik =>ADMIN-RIDHO.BLOGSPOT.COM
Posting Komentar